Liyana Jasmay akui terasa hati, sedih bila rakan industri tak sokong - ‘Bila gagal orang gelakkan, bila di atas ucap tahniah’

Entertainment
17 Sep 2026 • 12:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Liyana Jasmay akui terasa hati, sedih bila rakan industri tak sokong - ‘Bila gagal orang gelakkan, bila di atas ucap tahniah’

BERTAHUN-tahun berada dalam dunia seni membuatkan Liyana Jasmay belajar satu perkara penting, tidak semua orang yang kita anggap kawan akan sentiasa menyokong perjalanan kita.

Pelakon dan pengarah itu mengakui, pengalaman sepanjang berada dalam industri hiburan banyak mengajarnya tentang realiti di sebalik kejayaan, termasuk berdepan kritikan, penolakan dan rasa kecewa apabila melihat kurangnya semangat kebersamaan dalam kalangan penggiat seni.

Menurut Liyana, arwah ibu dan bapanya sendiri pernah mengingatkan bahawa perjalanan untuk mencapai kejayaan bukan sesuatu yang mudah.

“Memang arwah mak dengan bapak saya selalu cakap, untuk berjaya itu memang susah. Memang banyak orang akan benci you along the way dan mungkin orang yang kawan dengan you hari ini dan mungkin akan datang pun mereka tak akan suka you.”

Namun, apa yang lebih mengusik perasaannya bukanlah kritikan daripada netizen, sebaliknya apabila perkara itu datang daripada individu yang dikenalinya dalam industri.

“Sebenarnya benda ni bukannya datang daripada kalangan netizen. Ia datang... Saya bukan cuba nak menjatuhkan ataupun mengaibkan sesiapa, tetapi unity dalam industri ini memang tak ada.

“Itu yang saya cuba nak sampaikan. Kebersatuan, maksudnya untuk memberi sokongan ataupun apabila melihat orang itu sudah evolve daripada satu ke satu. It's not easy, saya rasa.

“Saya sebagai orang yang sudah terlalu lama dalam industri ini, saya look up to all. Especially orang yang daripada kecil saya bekerja, saya memang look up to all. Saya kawan dengan orang ini, saya anggap sebagai kakak. Saya pun expect orang itu akan suka saya, tetapi sebenarnya tidaklah,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu lagi.

Image from: Liyana Jasmay akui terasa hati, sedih bila rakan industri tak sokong - ‘Bila gagal orang gelakkan, bila di atas ucap tahniah’

Pada masa sama dia mengakui dirinya mungkin lebih mudah terasa hati apabila mendengar sesuatu yang kurang baik daripada individu yang dikenalinya.

Baginya, kritikan daripada orang yang tidak dikenali tidak begitu memberi kesan kerana dia memahami setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.

“Tapi kalau orang yang saya tak kenal, saya memang tak ada rasa apa-apa. Kalau saya dengar daripada orang yang saya kenal, itu yang selalu saya sedih.

“Saya bukan sedih sebab saya rasa macam, ‘Oh jangan kutuk saya.’ Tidak. You nak komen, nak kutuk saya tak apa.

“Tapi saya sedih bila dalam industri kita ini memang kurang rasa untuk bersama-sama. Of course semua orang ada path yang lain,” jelasnya.

Bagi ibu kepada dua cahaya mata tersebut, dunia seni sememangnya subjektif dan tidak seharusnya menjadi ruang untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

“Seni ini tidak ada salah. There's no right or wrong in arts. Daripada dulu memang selalu ada orang kutuk filem orang ini, orang ini kutuk filem orang itu.

“Tapi saya tak suka gang. Saya berkawan dengan semua director. Saya berlakon dengan semua director,” katanya.

Image from: Liyana Jasmay akui terasa hati, sedih bila rakan industri tak sokong - ‘Bila gagal orang gelakkan, bila di atas ucap tahniah’

Lebih daripada kritikan, Liyana melihat sikap meraikan kejayaan orang lain sebagai sesuatu yang masih boleh diperbaiki dalam industri.

“Orang nak gelakkan kita gagal, tetapi bila kita dah sampai dekat atas, tiba-tiba dia tahniah kita.

“And of course transition sebagai seorang pelakon, mungkin art orang macam tak boleh nak proses dalam otak mereka. Tapi saya rasa benda itu adalah sesuatu yang saya patut pegang.

“Kesedihan, kekuatan ini akan buatkan saya kuat. Segala rejection yang saya dapat, macam orang tak percaya, rejection itu sebenarnya menguatkan kita," ungkap anak kelahiran Pahang itu lagi.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan barisan pelakon filem Pemuja Syaitan.

Dalam naskhah tersebut, Liyana bukan sahaja terlibat sebagai pengarah, malah diberi tanggungjawab membawa cerita yang sarat dengan elemen misteri dan kegelapan.

“Pemuja Syaitan bukan sekadar sebuah filem horror yang bergantung kepada elemen seram semata-mata, sebaliknya turut mengetengahkan rahsia, pengkhianatan dan sisi gelap manusia apabila berdepan dengan perkara daripada masa lalu.

“Sebagai pengarah, saya mahu memastikan setiap elemen dalam cerita ini dapat disampaikan dengan baik, terutama dalam membina ketegangan dan suasana yang membuatkan penonton terus tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku.

Image from: Liyana Jasmay akui terasa hati, sedih bila rakan industri tak sokong - ‘Bila gagal orang gelakkan, bila di atas ucap tahniah’

“Saya harap penonton dapat menikmati pengalaman menonton Pemuja Syaitan dan merasai sendiri debaran serta misteri yang kami cuba bawakan apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti,” katanya.

Barisan pelakon utama filem itu menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul yang menghidupkan karakter utama dalam kisah penuh misteri tersebut.

Turut menjayakan filem berkenaan ialah Rosdeen Subuh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay, Marsha Biddulph, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Aida Amron, Ellyza Azizi dan Dhabita Auji.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved