Liyana Jasmay Anggap Pakai Baju Seksi Perkara Biasa, Terima Nasihat Netizen – “Saya Sedar Saya Bukan Baik Sangat”

LocalEntertainment
19 Sep 2025 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mengakui dirinya sememangnya gemar mengenakan pakaian seksi dalam kehidupan harian, namun jarang berkongsi penampilannya itu di media sosial.

Menurut Liyana, isu tersebut hanya timbul selepas dia memuat naik gambar memakai seluar pendek di Instagram baru-baru ini.

Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak dimuat naik ke media sosial.

Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu.

Mengulas lanjut, pengarah drama Putri & Phrince itu berkata dia tidak menyalahkan netizen yang menegurnya kerana menyedari pakaian seksi bukanlah sesuatu yang wajar ditonjolkan.

Malah, Liyana juga menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya. Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-19 15:11:38

Kelibat Aliff Aziz 'Dinner' Dengan DS Vida Undang Perhatian, Netizen Usik - "Cik B 'Ready' Nak Duduk Tengah Sanding Nanti"