Liyana Jasmay mengaku selalu pakai seksi, terbuka terima teguran

EntertainmentLifestyle
19 Sep 2025 • 4:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan sering berpakaian seksi dalam kehidupan sehariannya namun tidak mendedahkan penampilan itu di hadapan orang ramai.

Selalu pakai seksi

Memetik laporan Gempak, Liyana menjelaskan netizen mula mempersoalkan pemakaiannya sedikit seksi hanya timbul selepas memuat naik gambar memakai seluar pendek di Instagram baru-baru ini.

image is not available

“Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak dimuat naik ke media sosial.

“Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu,” kata Liyana.

Bercerita lanjut, pengarah drama Putri & Phrince itu memberitahu dia terbuka menerima teguran netizen dan sedar penampilan seksi bukanlah sesuatu yang perlu ditunjukkan dalam media sosial.

image is not available

“Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

“Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya. Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat,” jelasnya.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

Sumber: Gempak (Asyraf Roslan)