Liyana Jasmay Muat Naik Foto Pakai ‘Skirt’ Pendek Undang Kecaman

LocalEntertainment
19 Sep 2025 • 3:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia liyana Jasmay

Pelakon, Liyana Jasmay jadi perhatian selepas memuat naik foto memakai skirt pendek di Instagram. 

Menurut laporan mStar, Gambar itu pantas mengundang pelbagai komen dan kritikan netizen.

Foto Liyana Jasmay dengan skirt pendek jadi bualan netizen

Liyana tampil bersuara dan berkata pemakaian seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dalam hidupnya, cuma jarang dikongsikan di media sosial.

Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak muat naik ke media sosial. Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu.

Pilih untuk tidak melawan kritikan

image is not available

Liyana juga akui menerima segala komen netizen dengan hati terbuka tanpa membalas teguran.

Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya. Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat.

Pssttt! Setiap tindakan kita di media sosial pasti diperhatikan. Tak salah berkongsi gaya hidup, tapi biarlah berpada-pada agar tidak mengundang salah faham orang ramai.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.