LLM Talkie Dilatih Menggunakan Data Sebelum 1931 Untuk Melihat Sama Ada AI Boleh Meramal Masa Depan

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adalah model AI yang canggih boleh meramal masa depan? Ramai yang mengatakan ya tetapi saintis dalam bidang sains komputer mengatakan model bahasa raya (LLM) hanya algoritma yang tidak boleh berfikir. Ia sekadar boleh melakukan regurgitasi teks sedia ada berdasarkan data latihan.

Menggunakan hipotesis ini, LLM Talkie telah dilatih dengan ia mempunyai 13 bilion parameter. Talkie unik dalam kalangan model AI kerana ia hanya dilatih menggunakan data sebelum tahun 1931. Kenapa 1931? Kerana semua karya sebelum 1931 sudah memasuki domain awan maka tidak wujud isu etika melatih model AI menggunakan karya dengan hak cipta terpelihara.

Image from: LLM Talkie Dilatih Menggunakan Data Sebelum 1931 Untuk Melihat Sama Ada AI Boleh Meramal Masa Depan

Talkie dibangunkan dengan tujuan memahami bagaimana model meramal masa depan tanpa data moden. Ia juga akan digunakan untuk melihat bagaimana pengetahuan dan budaya pra‑internet membentuk tingkah laku model. Selain itu kajian turut dilakukan bagi melihat sejauh mana model boleh melakukan pemikiran di luar data latihannya.

Selain untuk melakukan eksperimen kemampuan LLM melakukan ramalan masa depan, Talkie juga boleh digunakan sekadar hiburan untuk memberikan pengalaman bercakap dengan individu zaman lampau 1930an lengkap dengan lenggok bahasa serta kosa kata lama. Ia boleh menjana dialog, esei, dan gaya penulisan klasik era Victorian dan Edwardian. Sejarah tepat dunia mengikut konteks 1920an turut boleh dilakukan.

Talkie boleh diakses menerusi laman chat, Github, dan Huggie Face hari ini.