Logo Dikatakan Menyerupai Kalimah Allah, 1,145 Pasang Kasut Vern’s Dirampas Polis

8 Apr 2024 • 3:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak berkuasa telah merampas sebanyak 1,145 pasang kasut jenama Vern’s bagi membantu siasatan ekoran isu logo kasutnya yang didakwa mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan tersebut telah dibuat di beberapa negeri iaitu Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memastikan sama ada logo yang diletakkan di tapak kasut itu mengikut reka bentuk kasut bertumit tinggi atau melambangkan tulisan khat (kalimah Allah).

Polis akan memanggil syarikat pengeluar kasut bagi membantu siasatan. Penjual atau syarikat pengeluar kasut, juga kita akan panggil. Selain itu, paling penting adalah laporan daripada Jakim.”

Selain itu, Razarudin turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima sebanyak lapan laporan polis mengenai kes ini. Ia akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

“Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

“Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo terbabit. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.”

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini tular di media sosial di mana seorang lelaki mendakwa, kasut jenama Vern’s yang dibelinya telah mempunyai logo menyerupai kalimah Allah di tapak kasutnya.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.