Lokasi Penggambaran Mat Kilau Di Perak Bakal Dijadikan Tarikan Pelancong!

8 Jul 2022 • 6:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Atas kejayaan filem biografi epik Mat Kilau, kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau di Padang Koba Teluk Bakong, dekat Bota sebagai destinasi tarikan pelancong.

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, cadangan tersebut dilihat baik untuk menarik kehadiran pelancong bagi mengunjungi lokasi penggambaran filem hebat itu.

“Ini satu cadangan yang baik. Setakat ini, kita belum melakukan apa-apa untuk mengekalkan lokasi penggambaran terbabit kerana difahamkan, ia bukan set kekal.

image is not available

“Jadi, kita akan lihat cadangan, sama ada kita perlu kekalkan lokasi berkenaan sebagai destinasi pelancongan filem popular,” kata Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

image is not available

Tambahnya, Perak mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai untuk dijadikan set penggambaran dan ia telah pun terbukti menerusi beberapa filem sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved