‘Londeh’ kisah Meerqeen, peminat lega Sarah Yasmine tak kenal Nadhir Nasar

Entertainment
27 Apr 2024 • 6:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hari ini, kecoh di media sosial apabila wanita dipercayai kekasih pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ‘londeh’ kisah aktor meningkat naik, Meerqeen selain menyatakan dia tak kenal Nadhir Nasar.

Londeh Meerqeen, tak kenal Nadhir Nasar

Pendedahkan itu dibuat oleh Sarah Yasmine selepas salah seorang peminat bertanya sama ada dia mengenali pelakon drama berisiri Projek: High Council atau tidak.

“Awak dengan Nadhir Nasar takda apa-apa kan?”tanya pengikut di Instagram.

Pertanyaan itu ditanya berkemungkinan peminat bimbang jika salah seorang artis kegemaran mereka terpalit atau mempunyai kaitan dengan kisah Sarah Yasmine.

Mana tidaknya, makin hari semakin ramai nama selebriti dikaitkan dengan wanita asal Singapura itu selepas mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp Aliff Aziz dan aktres Ruhainies.

image is not available

Bagaimanapun, wanita itu menyatakan dia tidak mengenali Nadhir termasuk beberapa aktor lain seperti Mierul Aiman dan Amir Ahnaf cuma kenalannya sahaja.

image is not available

Alhamdulillah, tak ada apa-apa

Tangkap layar itu telah dimuat naik di platform X (dulu dikenali Twitter) dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet terutama peminat Nadhir sendiri meluahkan rasa lega dan gembira sebaik sahaja mendapat tahu wanita itu tidak mempunyai kaitan (kenal) dengan aktor berusia 28 tahun.

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Baik fokus karier seni

image is not available

Sebelum ini, Sarah Yasmine mendedahkan dirinya bukan peminat Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam seperti mana dinyatakan oleh aktor itu, semalam.

Tidak lama kemudian, wanita itu tampil dengan beberapa tangkapan skrin layar menunjukkan perbualan antara mereka di aplikasi WhatsApp.

Antara perbualan tersebut adalah Sarah mendakwa Meerqeen telah menipu dan berlaku curang terhadap aktres Anna Jobling. Malah, Sarah turut menyebut mengenai sikap aktor itu yang didakwa bermasalah.

Sarah juga menunjukkan satu ciapan yang dibuat seorang individu di platform X yang mendakwa pernah melihat dia dan Meerqeen mendaftar masuk ke sebuah hotel.

image is not available

image is not available

Sumber: Instagram Sarah Yasmine, X embunkarinaword