Longgokan sampah haram di Kampung Tasek Tambahan sudah dibersihkan

LocalEnvironment
10 Jun 2025 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kain rentang turut dipasang bagi mengelakkan orang ramai membuang sampah di kawasan berkenaan. Foto: Facebook MPAJ

image is not available
KDEBWM telah membersihkan tapak longgokan sampah haram di Kampung Tasek Tambahan. Foto: Facebook MPAJ

image is not available
Sampah longgok haram di Kampung Tasek Tambahan turut mencemarkan alam sekitar. Foto: Facebook MPAJ

AMPANG - KDEB Waste Management (KDEBWM) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longgokan sampah haram di Jalan Permai 1A, Kampung Tasek Tambahan di sini pada 4 Jun lalu.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan, kakitangan jabatan turut memasang kain rentang mengenai larangan pembuangan sampah di lokasi tersebut.

**media[3159543]**

Menurutnya, tindakan itu dibuat susulan aduan daripada orang ramai yang telah diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ.

“Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan telah ke lokasi selepas menerima aduan ini dan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan.

“Pemantauan akan dibuat secara berterusan bagi memastikan Ampang Jaya bebas sampah haram,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

**media[3159545]**

Dalam pada itu, MPAJ berkata, warga Ampang Jaya dinasihatkan agar membuang sampah di tong yang telah disediakan.

“Jika tidak, ia boleh menyebabkan longgokan sampah haram di sekitar kawasan rumah masing-masing. Marilah bersama-sama kita menjaga kebersihan kawasan MPAJ,” ujarnya.

Sementara itu, menurut MPAJ, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan ke SISPAA di pautan rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.