Longgokan sampah haram terbakar di Kapar

LocalEnvironment
1 Apr 2026 • 7:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 APR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor giat memadamkan kebakaran longgokan sampah haram di Batu 14, Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.33 pagi.

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran longgokan sampah haram di Batu 14, Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang pada 1 April 2026. Foto JBPM Selangor

Beliau berkata, 11 anggota bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan kawasan berkeluasan 10x40 kaki persegi (37.16 meter persegi) dan terdapat dua lokasi tumpuan.

"Ketika ini kerja pemadaman sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, agensi lain yang turut membantu ialah Skuad Pantas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved