Lonjakan Harga Bahan Api: Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan

LocalBusiness & Finance
26 Mar 2026 • 12:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Kelayakan bulanan untuk RON95 di bawah program subsidi BUDI95 mungkin akan dikurangkan, susulan lonjakan harga bahan api.

The Edge yang memetik kenyataan sumber melaporkan, pengurangan itu bermakna kuota subsidi sebanyak 300 liter ketika ini akan dikurangkan kepada 200 liter sebulan.

Menurut laporan berkenaan, pengumuman berhubung perkara terbabit dijangka dibuat seawal minggu ini.

“Kuota baharu untuk bahan bahan api bersubsidi, yang berharga RM1.99 seliter, dijangka berkuat kuasa mulai April,” kata laporan tersebut.

Pengurangan itu bermakna rakyat perlu membayar mengikut harga pasaran, sekiranya kuota diberi telah habis digunakan. 

Lapor The Edge lagi, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah fiskal yang perlu kerana Kementerian Kewangan bergelut dengan rang undang-undang subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memberi ingatan, subisidi BUDI95 ditanggung kerajaan boleh mencecah RM24 bilion tahun ini jika minyak mentah global kekal melebihi AS$110 setong. – Getaran, 26 Mac 2026