Kanak-kanak perempuan didakwa dicabul lelaki warga asing

2 Aug 2026 • 9:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak perempuan didakwa dicabul lelaki warga asing

SUNGAI BULOH – Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lalu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa berusia 11 tahun itu dipercayai telah dicabul oleh suspek di premis berkenaan.

“Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sini menerusi laporan polis yang diterima pada Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis kini sedang giat mengesan bagi menangkap suspek untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-6695290 atau IPD Sungai Buloh (03-6156 1222), atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Kanak-kanak perempuan didakwa dicabul lelaki warga asing appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved