Pemandu tersepit, lori kontena terbalik berhampiran Tol Sungai Buloh

1 Aug 2026 • 7:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu tersepit, lori kontena terbalik berhampiran Tol Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Seorang pemandu lori kontena mengalami kecederaan separa kritikal selepas kenderaan dipandunya terbabas di susur masuk Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.01 petang itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Damansara digerakkan ke lokasi.

“Komander Operasi memaklumkan kerja-kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 5.50 petang sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu tersepit, lori kontena terbalik berhampiran Tol Sungai Buloh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved