Lori Kontena Dari Thailand Tak Lepas Masuk Malaysia Sebab Milik Syarikat Israel

5 Jun 2024 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah lori kontena yang datang dari Thailand diarah untuk berpatah balik oleh penguatkuasa Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis ketika cuba masuk ke Padang Besar pada Ahad lalu. Ia kerana kontena yang membawa muatan dagangan ayam sejuk beku itu merupakan syarikat dari Israel.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.03 tengah hari selepas kenderaan tersebut melalui terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar.

image is not available

“Tujuan lori itu memasuki terowong pengimbas itu adalah sebagai prosedur melakukan pengikraran Borang K1 yang bertujuan melakukan pengimportan dagangan ke dalam negara ini.”

“Semasa proses imbasan imej itu, pengendali mesin pengimbas itu mengesan kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.”

“Oleh hal demikian, kita menahan lori kontena itu bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut.”

Tambahnya, hasil semakan daripada agensi kerajaan yang lain mendapati bahawa kontena tersebut dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai milik syarikat yang berpangkalan dari Israel.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.