Lori lalu Jalan Aring terjunam ke kawasan runtuh, suami isteri nyaris maut

25 Sep 2026 • 9:05 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lori lalu Jalan Aring terjunam ke kawasan runtuh, suami isteri nyaris maut

HULU TERENGGANU: Tindakan seorang pemandu lori melalui jalan yang ditutup mengundang padah apabila kenderaan tanpa muatan itu terjunam ke kawasan tanah runtuh berhampiran Sungai Deka Elephant Conservation, Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, pemandu lori, Mohd Sapawi Said, 57, bersama isterinya, Siti Noryani Idris, 55, bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Isuzu itu dalam perjalanan dari rumah pasangan berkenaan di Ajil menuju ke Kuala Krai, Kelantan bagi mengambil bekalan buah-buahan.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, Mohd. Sapawi dan isterinya memberhentikan lori sebelum turun untuk melihat keadaan jalan berikutan kawasan berkenaan dilanda tanah runtuh.

“Ketika kedua-duanya berada di luar lori, kenderaan itu secara tiba-tiba dipercayai mengalami kerosakan pada sistem brek sebelum meluncur masuk ke kawasan tanah runtuh,” katanya hari ini.

Beliau berkata, lokasi kejadian adalah kawasan tanah runtuh dan jalan berkenaan telah diwartakan tutup kepada semua kenderaan. – UTUSAN

 

The post Lori lalu Jalan Aring terjunam ke kawasan runtuh, suami isteri nyaris maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved