Pemandu bas UUM maut nahas motosikal, lori

24 Sep 2026 • 1:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu bas UUM maut nahas motosikal, lori

SINTOK – Seorang pemandu bas Universiti Utara Malaysia (UUM) maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat nahas dengan sebuah lori di Jalan UUM Sintok-Padang Sanai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Azme, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda dari arah Kuala Nerang menghala ke UUM.

Katanya, lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 55 tahun itu pula dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal kemudian dikatakan memasuki laluan lori ketika melalui jalan berselekoh.

“Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kanan lori,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudian terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayat mangsa
dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan air kencing didapati negatif dadah,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang masuk ke laluan lori.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu bas UUM maut nahas motosikal, lori appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved