Lori Pasir, Balak Paling Banyak Atas Jalan Raya Di Kelantan

19 Sep 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengakui kenderaan berat yang membawa muatan bahan binaan seperti pasir dan balak paling banyak bergerak di atas jalan raya di negeri terbabit.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, maklumat tersebut diperoleh semasa pihaknya menjalankan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan baru-baru ini.

image is not available

Menurutnya, bahan binaan yang dibawa kebanyakan lori atau kenderaan berat di Kelantan antaranya batu, pasir, balak dan tanah.

“Bahan-bahan itu dibawa kenderaan berat menerusi pemeriksaan di Stesen Penguat Kuasa JPJ di Gua Musang, Bukit Jawa (Pasir Puteh), JPJ Laloh (Kuala Krai) dan Bukit Bunga (Tanah Merah).

“Selain itu, kenderaan tersebut turut dikesan melakukan kesalahan dengan membawa muatan bahan mentah, bijih besi dan batu bongkah melebihi had muatan,” katanya.