Lori sisa Singapura henti operasi di Malaysia

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lori sisa Singapura henti operasi di Malaysia

PONTIAN – Penduduk di beberapa kampung sekitar Sungai Karang dan Parit Sulaiman di sini, lega apabila konvoi treler yang dipercayai membawa sisa buangan dari Singapura ke kawasan itu tidak lagi kelihatan susulan pendedahan Kosmo!.

Sebelum ini penduduk dan pengguna jalan raya bimbang terhadap keselamatan mereka, selain berasa tidak selamat de­ngan kehadiran lori berat yang bergerak secara beriringan melalui kawasan kampung.

Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Sungai Karang, Abdullah Mohd. Said berkata, keadaan kini lebih tenang selepas tiada lagi pergerakan konvoi treler.

“Kami harap keadaan ini berterusan dan tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Kosmo!.

Penduduk Kampung Parit Sulaiman, Ahmad Daung Saeng, 59, berkata, penduduk berharap laluan sekitar kawasan penempatan tidak lagi dijadikan laluan utama kenderaan berat yang membawa sisa dari negara jiran.

“Kehadiran lori besar dalam jumlah banyak sebelum ini me­nimbulkan kebimbangan penduduk, terutama membabitkan keselamatan serta keadaan jalan kampung,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rais Mohd. Amin, 57, pula berharap tindakan penguatkuasaan dan pemantauan terus dilakukan.

“Kalau benar sudah tiada pergerakan, kita sangat bersyu­kur, namun pemantauan perlu diteruskan supaya kawasan kampung tidak kembali menjadi laluan aktiviti pembuangan sisa,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan isu pembuangan sisa binaan dari Singapura di beberapa lokasi di Pontian yang mencetuskan keresahan penduduk.

Laporan terdahulu turut mendedahkan dakwaan pemilik tanah menerima bayaran sehingga RM15,000 kerana membenarkan kawasan mereka digunakan sebagai lokasi pembuangan sisa binaan.

The post Lori sisa Singapura henti operasi di Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved