MPPn rentang pita kuning, henti kerja tanah tapak sisa binaan Singapura

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 1:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MPPn rentang pita kuning, henti kerja tanah tapak sisa binaan Singapura

PONTIAN – Aktiviti penambakan tanah menggunakan sisa bahan binaan yang dipercayai dibawa masuk dari Singapura di Mukim Sungai Karang, di sini, mula dihentikan selepas Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) menguatkuasakan arahan henti kerja berkuat kuasa malam tadi.

Tindakan itu dilihat sebagai langkah tegas pihak berkuasa susulan pendedahan Kosmo! mengenai aktiviti pembuangan sisa bahan binaan di lebih 10 lokasi sekitar daerah ini yang mencetuskan keresahan penduduk setempat.

Tinjauan Kosmo! pagi ini mendapati, beberapa tapak berkenaan telah dipasang pita kuning bertulis ‘Garisan Penguatkuasaan’ merentangi bahagian hadapan pintu masuk bagi menghalang sebarang aktiviti di kawasan tersebut.

Turut kelihatan sekeping notis MPPn bertajuk Notis di bawah Seksyen 70A(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) berkaitan kerja tanah yang dijalankan tanpa kebenaran atau kelulusan.

Notis bertarikh 11 Ogos itu ditujukan kepada pemilik tanah yang dijadikan lokasi pembuangan sisa bahan binaan dan ditandatangani Yang Dipertua MPPn, Sulaiman Ismail.

Menerusi notis berkenaan, pemilik tanah diarahkan supaya serta-merta tidak meneruskan sebarang kerja penambakan tanah di lokasi terbabit.

Arahan tersebut dilaksanakan sehari selepas kerajaan negeri mengarahkan tindakan segera bagi menghentikan aktiviti penambakan tanah menggunakan sisa buangan yang dipercayai dibawa masuk dari Singapura di beberapa lokasi di daerah ini.

Kosmo! sejak Sabtu lalu melaporkan kegiatan penambakan tanah menggunakan sisa bahan binaan yang dipercayai dibawa dari Singapura dan dibuang di lebih 10 lokasi, terutama di Mukim Sungai Karang. – KOSMO! ONLINE

The post MPPn rentang pita kuning, henti kerja tanah tapak sisa binaan Singapura appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved