
SIPITANG: Sebuah lori tangki minyak hilang kawalan sebelum terbalik di Km 1 Jalan Sipitang-Sindumin, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Supt Awang Anak Suanda mengesahkan perkara itu, mengatakan pihaknya menerima panggilan pada jam 2.30 petang.
Advertisement“Lori dipandu dari Kota Kinabalu menuju ke Lawas untuk menghantar bekalan minyak untuk urusan perniagaan.
“Semasa menghampiri tempat kejadian, pemandu dipercayai terlelap lalu kenderaannya menaiki bulatan Batu 1, dan seterusnya hilang kawalan sehingga lori tersebut terbalik ke bahu kiri jalan menuju ke arah Sindumin,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Bagaimanapun, katanya, pemandu itu tidak cedera dan tiada kebocoran muatan minyak lori tersebut.
Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Lalu Lintas Jalan LN166/59, sementara saksi kejadian diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sipitang untuk membantu siasatan.




