Lori terbakar berhampiran Terowong Menora

LocalCars
16 Aug 2024 • 7:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah lori 12 tan yang membawa muatan bakul buah-buahan terbakar di KM260.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Kuala Kangsar, petang Khamis. Foto JBPM Perak

image is not available
Sebuah treler terbakar di Kilometer 260.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, petang Khamis, menyebabkan trafik sesak. Foto JBPM Perak

KUALA KANGSAR - Sebuah treler terbakar di Kilometer 260.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, petang Khamis, menyebabkan trafik sesak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 6.42 petang.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah-buahan. Kebakaran tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, anggota bomba membuat size-up serta mengaplikasikan konsep RECEO seterusnya membuat pemadaman menggunakan dua aliran dan dua pancutan dengan semburan buih sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (TBK), Mohd Saiful Haniff Mahmad Ayub tamat jam 10.26 malam.

Sementara itu, PLUS menerusi platform X memaklumkan kemalangan menyebabkan lorong kanan terhalang dan keadaan trafik sesak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved