Lagi Kemalangan Di Terowong Menora, Lori Telur Terbalik

LocalCars
16 Aug 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbalik di KM257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di antara Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Perak semalam.

Lori jenis Hino yang membawa muatan telur itu terbalik kerana terbabas selepas melanggar pembahagi jalan dan lampu jalan menyebabkan pemandunya, seorang lelaki berusia 23 tahun tersepit manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 29 tahun merupakan kelindan cedera ringan.

Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan terselamat.

Susulan insiden tersebut, trafik sesak di kedua-dua arah berikutan semua lorong ke utara masih terhalang dan sesak kira-kira 6 kilometer.