Lorna, Olivia, Farha hilang di Sabah

24 Nov 2026 • 8:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lorna, Olivia, Farha hilang di Sabah

KOTA KINABALU – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memaklumkan remaja berkenaan ialah Lorna Palmani, 17, dari Kampung Numbak, One Borneo, Menggatal yang dilaporkan hilang sejak 22 Oktober lalu.

Turut dikesan ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal yang hilang sejak 7 November serta Farha Nabila Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam yang hilang dua hari kemudian.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua remaja berkenaan diminta menghubungi terus IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” menurut kenyataan itu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved