Keluar bermain bola keranjang, remaja perempuan 14 tahun dilaporkan hilang

23 Nov 2026 • 10:33 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kenyataan media IPD Nilai mengenai kehilangan remaja perempuan berusia 14 tahun, Chen Youki, di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan, pada Rabu lalu.

Remaja dikenali sebagai Chen Youki itu dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 4 petang, 18 November lalu, untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat oleh keluarganya pada 21 November, kira-kira jam 9.46 malam.

“Ketika keluar, remaja terbabit memakai kemeja-T putih dan seluar pendek.

“Sehingga laporan polis dibuat, remaja berkenaan belum pulang ke rumah dan panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab,” menurut kenyataan itu.

Susulan laporan tersebut, pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan remaja berkenaan bagi mengenal pasti keberadaannya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pernah melihat remaja terbabit diminta tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Nilai menerusi talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

The post Keluar bermain bola keranjang, remaja perempuan 14 tahun dilaporkan hilang appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved