Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang sibuk dengan kemeriahan bazar Ramadan sepanjang bulan lalu berubah menjadi lokasi yang menyedihkan pada pagi Syawal apabila sisa niaga ditinggalkan bersepah.
Video tular di TikTok memaparkan keadaan lorong tersebut dipenuhi plastik, kotak dan lebihan makanan. Petugas pembersihan dilihat bertungkus-lumus memulakan kerja seawal pagi untuk mengembalikan kebersihan kawasan itu.
#kebersihan #klbersihindahsejahtera #CapCut Keadaan di pagi raya Di lorong tar
Situasi ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Ramai mempersoalkan sikap segelintir peniaga yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab menjaga kebersihan selepas tamat berniaga.
Ada yang menyuarakan pandangan bahawa peniaga perlu lebih bertanggungjawab kerana telah memperoleh keuntungan sepanjang Ramadan. Menurut mereka, kerja membersihkan tapak bukan sepatutnya diletakkan sepenuhnya atas bahu pekerja pembersihan.
- Kerajaan tak kenakan tarif balas, tapi umum strategi besar hadapi tekanan AS
- Lelaki aniaya anak kucing hingga mati, beri alasan kononnya dihempap TV
- Harga emas terus meningkat, pelabur jangka cecah RM500 segram dalam masa terdekat
- Malaysia dikenakan tarif 24% oleh AS, industri eksport bakal terjejas teruk?
- Wanita terkejut nasi campur dicaj RM19, peniaga beri alasan sayur sukar dibersihkan
Beberapa komen turut mencadangkan agar pihak berkuasa tidak memulangkan deposit kepada peniaga yang gagal menjaga kebersihan. Malah, ada yang mencadangkan syarat tambahan dikenakan agar peniaga benar-benar patuh pada tanggungjawab asas ini.
Selain menegur sikap peniaga, ada juga netizen mengingatkan bahawa kebersihan adalah nilai penting dalam Islam. Ia seharusnya diamalkan sepanjang masa dan bukan hanya ketika musim perayaan atau acara keagamaan.
Ramai berharap penganjuran bazar pada masa hadapan dibuat dengan pemantauan yang lebih tegas serta kerjasama semua pihak agar kejadian seumpama ini tidak terus berulang.
The post Lorong Jalan TAR dipenuhi sampah pagi Raya, netizen persoal sikap peniaga bazar appeared first on The Reporter.





