Lorong Kecemasan Untuk Siapa?

LocalCars
19 Feb 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tahukah anda, lorong kecemasan di lebuh raya bukanlah hak eksklusif untuk penunggang motosikal, sebaliknya ia merupakan kemudahan bersama yang turut digunakan oleh kenderaan yang berhenti akibat kerosakan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun berkata, kegunaan lorong kecemasan itu cuba dimaksimumkan melalui pengenalan laluan lorong pintar atau smart lane pada waktu tertentu bagi mengatasi isu kesesakan sementara terutama pada hujung minggu, cuti serta musim perayaan.

Walaupun pada peringkat awal, sistem smart lane menimbulkan kebimbangan terutamanya berkaitan laluan ambulans semasa kecemasan, namun ia semakin diterima oleh pengguna jalan raya.

image is not available

“Ada kebimbangan tentang bagaimana ambulans dapat sampai ke lokasi kecemasan jika jalan sesak.

“Namun, selepas berbincang, kami melihat bahawa ambulans dilengkapi dengan siren dan pengguna jalan raya akan memberi ruang apabila ambulans datang. Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan di lebuh raya,” katanya.