"Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri

27 Sep 2024 • 11:29 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Fazura berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-41.

Mahu Sayang Diri Sendiri

Dalam entri tersebut, dapat dilihat Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkongsi sekeping foto ombak yang berlatar belakangkan lagu Oceans oleh Dash Berlin.

Posting berkenaan turut disertakan dengan kapsyen di mana aktres filem Pendekar Awang itu berjanji untuk lebih menyayangi dirinya selepas ini.

"Sayang diri saya lebih...

“Permulaan kepada satu perjanjian, untuk sayang diri saya lebih,” tulisnya.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)



image is not available