LRT3 Dilancar Rasmi, Tambang Percuma Hingga 31 Julai

LocalSales & Promo
29 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

LRT3 Dilancar Rasmi, Tambang Percuma Hingga 31 Julai

image.png

Berita baik buat warga Lembah Klang, terutamanya yang sering tersangkut dalam kesesakan trafik yang 'kronik'! Bermula hari ini, perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (LRT3) dari Bandar Utama ke Johan Setia dibuka secara PERCUMA selama sebulan sehingga 31 Julai ini.

Bukan itu sahaja, tambang bagi bas perantara kendalian Prasarana di sepanjang laluan tersebut turut dtawarkansecara percuma!

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika merasmikan pembukaan laluan sepanjang 37.8 kilometer (km) itu di Depoh LRT Johan Setia, semalam.

image.png

Terdahulu, Perdana Menteri menaiki tren LRT3 dari stesen Seri Andalas ke stesen Johan Setia yang mengambil masa perjalanan kira-kira 15 minit sebelum menyempurnakan majlis pelancarannya.

Projek LRT3 Laluan Shah Alam yang membabitkan pelaburan RM16.63 bilion adalah antara pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara.

Sebelum ini, Prasarana memaklumkan Laluan Shah Alam turut disokong oleh 40 bas perantara yang beroperasi di 323 hentian membabitkan 13 laluan khusus, dengan tambang hanya RM1 bermula 6 pagi hingga 11.30 malam.

Selain itu, perkhidmatan Rapid On-Demand turut disediakan membabitkan 44 van di 20 zon dengan bayaran RM2, bermula 6 pagi hingga 11.30 malam.

Sumber Berita Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved