LTDL 2026: Tiga laluan di Kuala Selangor ditutup berperingkat Ahad ini

23 Sep 2026 • 6:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

LTDL 2026: Tiga laluan di Kuala Selangor ditutup berperingkat Ahad ini

SHAH ALAM, 23 SEPT: Tiga laluan utama di daerah Kuala Selangor ditutup secara berperingkat pada Ahad, 27 September sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor memaklumkan penutupan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu bagi memberi laluan kepada perlumbaan peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar.

“Penutupan ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perlumbaan serta keselamatan peserta dan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Laluan yang terlibat ialah Jalan Bukit Cerakah (FT1210), Jalan Kepong-Kuala Selangor (FT054) dan Jalan Klang-Sabak Bernam (FT005).

Menurut JKR, laluan trafik akan dibuka lebih awal sebaik sahaja semua pelumba selesai melalui kawasan berkenaan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif selain merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan.

Orang ramai turut diminta mematuhi arahan anggota polis dan petugas penguat kuasa di lokasi sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved