“Lu salah orang” – Netizen Bongkar Rupanya IG Uqasha Banyak Komen Lelaki ‘Psycho’?

Entertainment
15 Mar 2023 • 4:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pasangan pelakon selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakain kian disebut di media sosial selepas berlakunya insiden di mana Kamal Adli dipukul dengan teruk di Singapura oleh individu yang tidak dikenali.

Banyak andaian yang dilakukan oleh netizen dan peminat mereka berkenaan siapakah sosok yang memukul Kamal Adli dengan cota itu, ada yang mengatakan dia adalah peminat Uqasha yang agak psycho ada juga yang mengatakan individu itu cemburu dengan Kamal Adli.

Disebabkan itu, netizen mula menyelongkar dan mencari siapakah dalang di sebalik insiden tersebut namun apa yag mereka jumpa adalah sesuatu yang lebih menyeramkan.

@insyirahroslxx

I’m not really a big fan of them. But look, I found this on uqasha’s instagram comment sections, all those men are creepy @kamaladli86 @@mstarmsia @pdrmsia_official #kamaladli

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ insyirahroslxx itu memaparkan beberapa komen berbaur ugutan dengan nada yang menakutkan serta seakan cemburu dengan pasangan selebriti tersebut.

Pengguna TikTok tersebut mengatakan ianya adala sesuatu yang menakutkan dan dia juga telah tag pihak polis dalam kapsyen videonya itu.

Antara komen yang ditemui termasuklah kata-kata ugutan serta komen yang seakan tidak dapat menerima hubungan Uqasha serta Kamal.

image is not available

image is not available

Setakat ini, pelakon Kamal Adli dikatakan telah stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura namun lokasi terkini mereka dirahsiakan bagi tujuan keselamatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.