Luahan pembaca: Jangan lupa rakyat kita di Nepal

14 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan pembaca: Jangan lupa rakyat kita di Nepal

Saudara Pengarang,

Minggu lalu, seluruh rakyat Malaysia berduka dengan insiden menyayat hati melibatkan sebuah helikopter dinaiki seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang terhempas di Miri, Sarawak pada 8 September lalu.

Nahas yang meragut lima nyawa itu boleh dikatakan antara insiden terburuk dalam sejarah Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) sejak diperkenalkan pada tahun 1973 bagi membantu masyarakat di kawasan pedalaman yang tidak boleh atau sukar diakses menggunakan jalan darat bagi mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan lain yang bersesuian.

Kejadian tragis itu turut membuka mata orang ramai tentang fungsi dan pengorbanan pasukan FDS yang mungkin selama ini kita tidak cakna akan kewujudannya termasuk bayaran elaun RM30 diterima petugas kesihatan yang hangat dibincangkan netizen di media sosial.

Dalam kita bersedih dengan insiden tersebut, jangan sesekali kita lupa akan nasib 55 lagi rakyat Malaysia yang terputus hubungan dengan keluarga dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dahsyat di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu.

Sudah lebih dua minggu kejadian itu berlaku, namun sehingga kini nasib kesemua mangsa masih belum diketahui.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang berlepas ke Nepal pada 5 September lalu bagi membantu pihak berkuasa Nepal akan pulang dalam masa terdekat, tetapi bagaimana pula dengan rakyat kita di sana?

Dalam situasi tersebut, kita perlu akur pasukan penyelamat sudah melakukan yang terbaik. Keadaan di lokasi seperti lumpur tebal dan runtuhan mungkin menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Harapan keluarga dan rakyat Malaysia masih menebal memandangkan pihak Nepal belum berhasrat menamatkan operasi SAR berikutan angka mangsa hilang yang masih tinggi iaitu kira-kira 5,000 orang.

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semoga ada sinar buat keluarga mangsa yang masih setia menunggu kepulangan insan tersayang ke pangkuan masing-masing.

Amanda,
Putrajaya

The post Luahan pembaca: Jangan lupa rakyat kita di Nepal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved