Nahas helikopter KKM: Wajah Dr. Ainul Baroah kelihatan manis, berseri ketika pulang bercuti

8 Sep 2026 • 11:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas helikopter KKM: Wajah Dr. Ainul Baroah kelihatan manis, berseri ketika pulang bercuti

KOTA BHARU – “Wajah Ah (Dr. Ainul Baroah) kelihatan manis dan berseri ketika pulang bercuti seminggu di kampung pada minggu lalu.”

Itu luahan Rogayah Mohd. Noor, 69, iaitu ibu kepada Dr. Ainul Baroah Kamarudin, 33, yang merupakan salah seorang daripada lima individu dilaporkan maut dalam tragedi helikopter terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak petang tadi

Rogayah berkata, Ainul Baroah dan suaminya, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, pulang ke kampung selama seminggu sepanjang cuti persekolahan pada minggu lalu.

Menurutnya, Ainul Baroah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu kelihatan sangat ceria ketika berada di rumah sepanjang tempoh bercuti.

“Wajahnya kelihatan manis dan berseri ketika berada di rumah. Dia seperti sangat gembira apabila pulang ke kampung bersama suaminya yang bekerja sebagai guru di Miri, Sarawak.

“Kami sekeluarga memanggil Ainul Baroah dengan panggilan Ah sejak daripada dia kecil. Sepanjang tempoh bercuti, dia juga sering memasak di rumah.

“Saya tidak sangka tragedi melibatkan helikopter yang dinaikinya itu terhempas hanya selepas beberapa hari kami berpisah. Dia dan suaminya bergerak ke Sarawak pada pagi Ahad lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baung di sini hari ini.

Rogayah yang merupakan pesara guru memberitahu, Ainul Baroah merupakan seorang anak yang baik dan pendiam, namun taat terhadap ibu bapanya. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas helikopter KKM: Wajah Dr. Ainul Baroah kelihatan manis, berseri ketika pulang bercuti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved