Luahan Pembaca: Restoran gah tetapi surau sekadar ada?

OpinionFood
28 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Luahan Pembaca: Restoran gah tetapi surau sekadar ada?

SAUDARA PENGARANG,

Restoran, kedai makan yang menyediakan kemudahan surau adalah satu nilai tambah dalam menarik pengunjung untuk menjamu selera di sana.

Lebih-lebih lagi apabila ruang ibadah yang disediakan pengusaha sangat selesa dan selamat selain turut menempatkan ruangan untuk mengambil wuduk.

Perkara itu penting kerana pelanggan tidak perlu ke tandas selain memastikan soal kebersihan terjaga.

Bagaimanapun, terdapat restoran yang nampak mewah dengan hidangan yang sedap tetapi surau disediakan ala kadar.

Selain tidak diselenggara dengan baik, soal kebersihan juga tidak diambil berat.

Penulis pernah ke satu restoran mendapati di dalam surau ada air bertakung dan juga daun-daun kering.

Sebenarnya tidak perlu mewah, cukup ruang ibadah selesa dan bersih. Kepada peniaga mungkin anda terlepas pandang isu ini, masih belum terlambat untuk melihat semula kemudahan disediakan.

MUKMIN
Selangor

The post Luahan Pembaca: Restoran gah tetapi surau sekadar ada? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved