Mengaku saja, kita punca warga asing naik lemak

LocalOpinion
7 Sep 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mengaku saja, kita punca warga asing naik lemak

SAUDARA PENGARANG,

Saja terbaca laporan akhbar ini baru-baru ini mengatakan Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 atau lebih dikenali sebagai ‘Flat Hijau’ Putrajaya sudah dipenuhi dengan warga asing.

Penduduk tempatan rimas dengan keadaan itu selain takut untuk keluar disebabkan mereka berkumpul pada waktu malam dan hujung minggu, membuat bising dan bergaduh.

Penempatan itu asalnya memang untuk penjawat awam dan penduduk tempatan mendiaminya. Putrajaya yang kita tahu selamat kerana ia merupakan pusat pentabiran kerajaan.

Bagaimanapun, tindakan segelintir daripada pemilik yang menyewakan rumah kepada warga asing menjadi punca kepada masalah ini.

Kita sendiri yang menyebabkan masalah itu dan apabila ia dibongkarkan, kita juga yang terpaling mendakwa menjadi mangsa.

Salah orang itu, orang ini, kerajaanlah dan macam-macam. Tidak pernah hendak salahkan diri dan bermuhasabah mengapa ia terjadi.

Orang Putrajaya perlu pulihkan imej Putrajaya. Itu belum lagi bercakap mengenai lumba haram dan kes kecurian tayar dan sport rim seperti mana yang dilaporkan akhbar ini.

Diharap pihak berkuasa cakna dengan isu ini dan jangan biarkan imej Putrajaya terus terjejas.

Sayang negara,
Presint Diplomatik, Putrajaya

The post Mengaku saja, kita punca warga asing naik lemak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved