“Luar biasa!” – Agensi Pelancongan Tawar Pakej Umrah Termasuk Tonton ‘Match’ Cristiano Ronaldo

Entertainment
14 Jan 2025 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah termasuk lawatan ke negara seperti Jordan dan Palestin, namun lain pula ceritanya buat agensi pelancongan dari Indonesia ini.

Selain daripada melakukan ibadah, agensi tersebut turut mempromosikan perlawanan gergasi Liga Pro Saudi, Al-Nassr, sebagai salah satu tentatif dalam pakej tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MBQ Tour & Travel (@mbqtravel)

Jemaah Umrah yang membeli pakej berharga 34.5 juta Rupiah (RM 9,544) itu berpeluang menyaksikan aksi Cristiano Ronaldo di depan mata selain melawat beberapa tempat di Tanah Suci Mekah.

“Ini luar biasa”

Posting yang dikongsikan oleh agensi pelancongan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen khususnya warga Indonesia.

Ada yang merasakan ianya sesuatu yang sedikit mengelirukan namun ada juga yang merasakan ia sesuatu inisiatif yang bagus.

image is not available

Dalam pada itu, pakej ini turut menawarkan tiket ke Muzium Wahyu di Makkah, perjalanan menggunakan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain serta bimbingan mutawwif profesional sepanjang perjalanan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.