
'RM20.5 bilion!'
Itu jumlah yang dilaporkan telah dijana oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi penjualan tiket dan pakej hospitaliti bagi semua perlawanan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada Jun lalu.
Mengikut The Times, angka itu merupakan lima kali lebih tinggi berbanding $929 (RM3,352 juta) yang diperoleh FIFA hasil penjuakan tiket serta pakej hospitaliti ketika kejohanan sama yang berlangsung di Qatar pada 2022.
FIFA is expected to generate around $5billion from ticket and hospitality sales at the 2026 World Cup — more than five times the amount they made from the tournament in Qatar four years ago. More from @Dan_Sheldon_ https://t.co/en76ETObmQ
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) October 29, 2026
Terdahulu, penganjuran Piala Dunia 2026 menerima kecaman dan kritikan hebat daripada penyokong susulan penjualan harga tiket yang terlalu tinggi.
Perkara itu menyebabkan FIFA terpaksa melakukan pengurangan harga selepas menerima kritikan, dengan peminat berpeluang mendapatkan tiket perlawanan akhir pada harga serendah AS$60 (RM245) berbanding harga asal sehingga AS$4,185 (RM19,669.50).
Begitupun, difahamkan harga tiket final antara Argentina dan Sepanyol mencecah menghampiri $10,000 (RM40,900).
Untuk rekod, Piala Dunia di Amerika Utara itu membabitkan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada serta merupakan edisi pertama melibatkan 48 pasukan, berbanding 32 sebelum ini.





