LUAS ingatkan masjid, surau patuhi panduan urus sisa korban elak cemar sungai

3 Jun 2025 • 12:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 JUN: Masjid dan surau yang menganjurkan ibadah korban sempena Aidiladha disaran mematuhi garis panduan ditetapkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengelak pencemaran sumber air.

Agensi itu menjelaskan, sisa penyembelihan seperti darah, isi perut dan tulang haiwan perlu diurus dan dilupuskan secara sistematik supaya tidak mengalir ke sungai atau parit yang boleh mencetuskan pencemaran.

“Sisa cecair seperti darah hendaklah diuruskan secara bersesuaian, manakala sisa pepejal seperti isi perut dan tulang tidak boleh dibuang terus ke sungai.

“Pembungkusan sisa pepejal amat digalakkan supaya pelupusan lebih teratur dapat dilaksanakan oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

image is not available

LUAS turut menyeru orang ramai melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berisiko mencemarkan sungai menerusi talian 03-5511 1800 atau WhatsApp 019-264 7905.

Sebelum ini, agensi itu memaklumkan pihaknya menjalankan pensampelan air setiap hari di kawasan hulu dan hilir sungai utama negeri bagi memastikan kualiti air sentiasa terpelihara.

Rondaan dan pemantauan juga giat dijalankan di tiga lembangan utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang sebagai langkah kawalan serta pencegahan pencemaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved