Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, titah solat hajat diadakan

LocalPolitics
29 May 2025 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat hari ini bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

"Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada ALLAH SWT,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam ini.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved