Luaskan Empayar Di Borneo, Emart Sarawak Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sabah

14 Jan 2023 • 6:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sememangnya berita baik buat warga Sabah!

Luaskan Empayar Di Borneo, Emart Sarawak Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sabah. Penduduk di Sarawak pasti tahu dengan pasaraya Emart kerana ianya merupakan tempat di mana anda boleh membeli barangan isi rumah dengan harga yang sangat berpatutan!

Kali ini, pasaraya Emart bakal membuka cawangan pertamanya di Sabah, bertempatkan di Lintas Jaya, Kota Kinabalu. Difahamkan, cawangan baru ini terletak di lokasi yang sebelum ini menempatkan pusat beli belah Boulevard.

image is not available
Luaskan Empayar Di Borneo, Emart Sarawak Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sabah. Sumber: Facebook

Pembukaan pasaraya Emart di Sabah ini merupakan cawangan mereka ya ke-14!

Untuk pengetahuan anda, Emart merupakan pusat beli belah Sarawak yang diasaskan oleh Ngu Ting Sii dan membuka cawangan nya yang pertama di Tudan, Miri.

Pengumuman ini dibuat menerusi laman rasmi Facebook, Emart Malaysia. Tinjauan di ruangan komen juga mendapati kebanyakan netizen berasa teruja dengan pembukaan cawangan baru Emart ini di Sabah.

image is not available
Sumber: Facebook

Bukan itu sahaja, pusat beli belah ini juga kini sedang mencari individu yang berkebolehan untuk mengisi jawatan kosong di cawangan Sabah. Antara jawatan yang ditawarkan ialah seperti berikut ;

  • Division Head/ Senior Executive/ Executive
  • Receiving Executive/ Head of Receiving
  • Team Leaders/ Officer/ Supervisor
  • Butcher
  • Cashier
  • Security Guard
  • Sales Assistant/ Floor Assistant

Sekiranya berminat, anda boleh memohon secara ‘online’ di pautan https://emart.my/apply atau mengimbas QR kod seperti yang dipaparkan di bawah:

image is not available
Sumber: Facebook

Ketahui juga cawangan pertama 4Fingers di Sabah! Klik pautan di bawah: