Sarawak Lancar 92 Lagi Tapak Akses 5G Di Kuching, Miri Dan Bintulu

14 Jan 2023 • 5:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Warga Kuching, Miri dan Bintulu bakal nikmati rangkaian pantas 5G

Sarawak Lancar 92 Lagi Tapak Akses 5G Di Kuching, Miri Dan Bintulu. Sebanyak 92 tapak akses perkhidmatan 5G akan dilancarkan di tiga lokasi di Sarawak. Ia melibatkan bandaraya Kuching, Miri dan Bintulu.

image is not available
Sarawak Lancar 92 Lagi Tapak Akses 5G Di Kuching, Miri Dan Bintulu. Kredit: Utusan Sarawak

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, akses perkhidmatan ini adalah usaha berterusan kerajaan Sarawak bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Keseluruhan 3500 menara telekomunikasi telah pun didirikan

“Sebanyak 3,500 menara telekomunikasi telah dibina di seluruh negeri setakat ini.

“Jumlah itu mencapai 50 peratus daripada 7,000 menara yang harus dibina bagi penyediaan kemudahan internet,” katanya ketika melancarkan Property Axis di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Julaihi berkata, penyediaan perkhidmatan internet kini sedang beralih secara berperingkat dari 3G ke 4G dan seterusnya ke 5G.

Baca lagi artikel terkini: