Lubang benam Gua Musang: Jambatan Bailey siap 21 Oktober ini

18 Oct 2026 • 2:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lubang benam Gua Musang: Jambatan Bailey siap 21 Oktober ini

GUA MUSANG – Kerja pemasangan jambatan Bailey di laluan laluan FT08 jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu dekat dekat Taman Rekreasi Etnobotani Kesedar yang terjejas akibat kejadian lubang benam pada minggu lalu dijangka siap pada 21 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kemajuan kerja pemasangan jambatan itu ketika ini sudah mencapai kemajuan antara 40 hingga 45 peratus.

Katanya, keseluruhan kerja berkaitan pemasangan jambatan itu dijadualkan selesai pada 25 Oktober ini.

“Jambatan sepanjang 42 meter dengan lebar 7.35 meter itu membolehkan kenderaan dari kedua-dua arah melaluinya serentak. Kita harap jambatan ia dapat diguna menjelang hujung bulan ini,” katanya ketika meninjau perkembangan kerja pemasangan jambatan itu bersama pihak teknikal di sini, hari ini.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, kerja pemasangan berjalan lancar selepas unit penyelenggaraan jalan memindahkan jambatan Bailey dari Machang ke lokasi kejadian walaupun sedikit terganggu akibat hujan.

Katanya, selain itu, kerja penyelenggaraan dan pembaikan susulan kejadian lubang benam di laluan utama itu diharap dapat diteruskan selepas jambatan sementara siap dipasang.

Kosmo sebelum ini melaporkan, laluan FT08 jajaran projek LTU Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku kejadian lubang benam pada 10 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Lubang benam Gua Musang: Jambatan Bailey siap 21 Oktober ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved