“Lubang Di Jalan Tak Seindah Lubang Di Rumah” – ‘Pilot Darat’ Sakan Tampal Sticker Luc*h Di Kenderaan, Netizen Naik Mual

18 Dec 2023 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Netizen di media sosial baru-baru ini tampil meluahkan perasaan bimbang berkenaan tindakan pemandu-pemandu lori di jalanan yang gemar menampal pelekat dengan perkataan berbaur lucah.

Perkara itu menjadi bualan hangat netizen di aplikasi X yang mempersoalkan keperluan menampal pelekat seperti itu di kenderaan masing-masing.

Bukan sahaja boleh dibaca orang dewasa, malah kanak-kanak turut boleh melihat pelekat yang diselit perkataan lucah dan memualkan itu.

Berikutan itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan jika terjumpa kenderaan dengan ‘sticker’ yang tidak senonoh ini.

image is not available

Sumber : Twitter  

Benci pelekat macam ni. Anak aku pernah baca ya lepas tu tanya kenapa basah. Perosak generasi.

Sepatutnya pemandu yang tampal pelekat begini dikenakan kompaun. Sangat memalukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Pergi Bercuti Pun Kena Hina, Syamimia Minta Hentikan Fitnah - "Orang Panggil Saya Zi*nis"