
BEIRUT: Parlimen Lubnan hari ini meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati, menjadikan negara itu yang pertama di Asia Barat secara rasmi menamatkan amalan berkenaan.
“Rang undang-undang bagi memansuhkan hukuman mati di Lubnan telah diluluskan,” menurut pejabat Speaker Parlimen.
Lubnan tidak melaksanakan hukuman mati sejak 2004.
Menteri Kehakiman, Adel Nassar, menyifatkan pemansuhan itu sebagai langkah ‘bersejarah’, sambil berkata kewujudan hukuman mati sebelum ini menghalang Beirut mendapatkan ekstradisi suspek dari negara yang mengharamkan hukuman berkenaan.
Penyelidik Lubnan di Human Rights Watch, Ramzi Kaiss, berkata kepada AFP keputusan itu merupakan satu langkah besar bagi hak asasi manusia di negara tersebut, selain menandakan perubahan jelas daripada hukuman yang kejam dan sewenang-wenangnya.
Pemansuhan itu merupakan antara beberapa rang undang-undang yang dibincangkan dalam sesi Parlimen semasa, termasuk undang-undang pengampunan am yang dibahaskan sejak beberapa tahun lalu.- AFP
The post Lubnan negara Asia Barat pertama mansuh hukuman mati appeared first on Utusan Malaysia.





