
IPOH – Empat lelaki dipercayai maut setelah terlibat dalam kemalangan dipercayai membabitkan 12 buah motosikal, dua kereta dan sebuah bas di Meru menghala ke Bercham, di sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan tersebut melibatkan sekumpulan individu yang dipercayai melakukan aktiviti lumba haram di jalan berkenaan.
“Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan pelumba melanggar belakang sebuah bas sebelum kumpulan pelumba yang berlainan terlibat dengan kemalangan tersebut.
“Dua buah kereta kemudiannya turut terlibat dengan kemalangan berkenaan dalam tempoh singkat,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian kemalangan tersebut yang dikatakan telah meragut nyawa dua lelaki, sebelum angka mangsa meningkat kepada empat individu. – KOSMO! ONLINE
The post Lumba motor ragut empat nyawa di Meru-Bercham, laluan sesak teruk appeared first on Kosmo Online.





