Luno Menambah 29 Aset Digital Baharu Di Malaysia – Membawa Kepada Penawaran Lebih 50 Aset Kripto

TechnologyBusiness & Finance
27 Mar 2026 • 5:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Luno, salah satu penyedia perkhidmatan dan bursa aset digital di Malaysia, kini mengumumkan penambahan penawaran sebanyak 29 aset digital baharu melalui Luno. Dengan penawaran baharu ini, ia sekaligus menjadikan jumlah penawaran aset kriptowang melalui Luno melangkaui 50.

Ini sekaligus memposisikan Luno sebagai penyedia aset kripto dengan pilihan terbesar di Malaysia, dan dikawal selia dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Penawaran ini juga sekaligus memperluaskan akses pelabur Malaysia kepada ekossitem aset digital global.

image is not available

Aset-aset baharu yang ditawarkan bermula hari ini meliputi lapan kategori utama kritpo, iaitu termasuk Layer-1, Layer-2, DeFi, AI x Kripto, NFT, WWA (Aset Dunia Nyata), DePIN dan juga Permainan. Antara aset kriptowang baharu yang ditambah termasuk Sui, Toncoin, Loopring, ENS, Jupiter, Apecoin, Immutable X, dan Celestia.

  • Layer-1 – Protokol rantaian blok asas yang berperanan sebagai lapisan asas bagi keseluruhan ekosistem kripto. Rantaian blok Layer-1 mengendalikan pemprosesan transaksi, konsensus, keselamatan dan ketersediaan data secara bebas menggunakan token natifnya. Penambahan baharu : TRON (TRX), Celestia (TIA), Injective (INJ), SEI, Sonic (S), Starknet (STRK), SUI, Toncoin (TON), Berachain (BERA).
  • Layer-2 – Solusi penskalaan yang dibina pada rantaian blok sedia ada untuk meningkatkan kelajuan transaksi secara signifikan dan mengurangkan kos, menjadikan penggunaan kripto harian lebih praktikal untuk semua pengguna. Penambahan baharu : Arbitrum (ARB), Immutable X (IMX), Loopring (LRC), Optimism (OP).
  • DeFi (Kewangan Terpencar) – Protokol yang memperkasakan perkhidmatan kewangan terbuka – meliputi pinjaman dan dagangan tanpa penglibatan pihak tengah, memberikan kawalan kewangan terus dalam genggaman pengguna. Penambahan baharu : ANKR, Ethereum Name Service (ENS), LayerZero (ZRO), Lido DAO (LDO), Jupiter (JUP), Pyth Network (PYTH).
  • AI x Kripto – Projek kolaborasi gabungan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan rantaian blok dalam mewujudkan pengkomputeran AI, pasaran data desentralisasi dan rangkaian agen berautonomi. Penambahan baharu : Artificial Superintelligence Alliance (FET), Bittensor (TAO), Render (RNDR), Virtuals Protocol (VIRTUAL).
  • Permainan – Ekosistem permainan berasaskan rantaian blok di mana pemain boleh memiliki aset aset dalam permainan dan menerima ganjaran secara nyata serta menyertai ekonomi yang ditadbir urus oleh komuniti pemain sendiri. Penambahan baharu : Axie Infinity (AXS), The Sandbox (SAND)
  • NFT (Token Tidak Sepiawai) – Infrastruktur yang menyokong pemilikan digital dan asal-usul aset-aset unik, merangkumi hasil karya dan koleksi digital, hingga tiket dan hak cipta intelektual.  Penambahan baharu : ApeCoin (APE)
  • RWA (Aset Dunia Nyata) – Protokol yang membolehkan aset-aset fizikal seperti hartanah, komoditi dan bon ditokenkan pada rantaian blok, sekaligus merapatkan jurang di antara kewangan tradisional dan ekonomi digital. Penambahan baharu : Ondo Finance (ONDO), PAX Gold (PAXG)
  • DePIN (Rangkaian Infrastruktur Fizikal Terpencar) – Rangkaian yang memberi insentif ganjaran token kepada komuniti untuk membina. Penambahan baharu : Helium (HNT)

Penawaran ini sekaligus membolehkan orang ramai untuk mempelbagaikan portfolio dan aset kriptowang dibawah mereka.

Luno mengatakan semua 29 ast kripto baharu ini boleh diakses melalui fungsi Beli/Jual Segera bermula hari ini, dan akan diperkenalkan secara berfasa bagi fungsi Exchange.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Luno di AppStore atau Google Play Store. Seterusnya, lakukan pendaftaran, mengesahkan akaun, dan boleh melakukan pembelian dengan menggunakan penambahan dana menggunakan Touch n Go eWallet atau FPX.

Luno digunakan lebih 1 juta rakyat Malaysia, dan merupakan satu-satunya bursa aset digital di Malaysia yang menawarkan pilihan pelaburan konvensional dan patuh Syariah kepada pelabur tambahan. Selain membeli secara berasingan, pengguna turut boleh menggunakan fungsi Stake untuk menjana pendapatan tambahan melalui aset digital yang telah dibeli dan dimiliki di Luno.

Muat-turun: Jom daftar Luno hari ini!

Penafian: Advertorial dari Luno