Lupus tanah kerajaan: Datuk direman tiga hari lagi

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lupus tanah kerajaan: Datuk direman tiga hari lagi

GEORGE TOWN – Seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dan seorang pengarah syarikat disambung reman tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik kerajaan di negeri ini.

Perintah reman ke aats dua suspek itu dibenarkan Majistret Nur Hanisah S. H. Sahul Hamid selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Permohonan sambung reman sehingga 26 Ogos itu dibuat berikutan tempoh reman kali pertama tamat hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 50-an merupakan antara lima individu yang direman sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan lima individu terdiri daripada pengerusi, dua pengarah, pengurus teknikal dan kerani wanita berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an ditahan secara berperingkat pada Khamis lalu.

Suspek pertama iaitu pengerusi agensi kerajaan berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.

Suspek dikatakan meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat disyaki milik sekutunya pada harga lebih rendah berbanding pasaran membabitkan kerugian RM1.96 juta.-KOSMO! ONLINE

The post Lupus tanah kerajaan: Datuk direman tiga hari lagi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved