[VIDEO] Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman
Image from: [VIDEO] Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman
Dua daripada lima individu yang ditahan SPRM pada Jumaat lalu berhubung kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang, disambung reman selama tiga hari lagi.
Image from: [VIDEO] Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman
Kedua-dua individu berkenaan yang bergelar Datuk merupakan pengerusi agensi kerajaan serta pengarah sebuah syarikat.
Image from: [VIDEO] Kes jual tanah rugi RM1.96 juta: Dua Datuk termasuk pengerusi agensi kerajaan negeri disambung reman
Kedua-dua individu bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah George Town untuk perintah sambung reman pada Isnin.

GEORGE TOWN - Dua daripada lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu berhubung kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang, disambung reman selama tiga hari lagi.

**media[3624341]**

Kedua-dua individu berkenaan yang bergelar Datuk merupakan pengerusi agensi kerajaan serta pengarah sebuah syarikat.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

**media[3624340]**

Sambung reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung kes penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015.

Sementara itu, tiga individu yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan.

Salah seorang peguam yang mewakili pengerusi agensi kerajaan berkenaan, Dr Shamsher Singh Thind berkata, pihak SPRM memohon sambung reman empat hari namun mahkamah hanya membenarkan tiga hari.

"Reman bermula hari ini sehingga Rabu," katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Sebelum ini, SPRM menahan lima individu termasuk pengerusi agensi kerajaan berkenaan yang disyaki menyalahgunakan kedudukan ketika menjadi Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan tanah kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sekutunya.

**media[3624342]**

Urus niaga berkenaan dipercayai dilakukan pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Empat lagi individu yang ditahan sebelum ini terdiri daripada seorang lagi pengarah syarikat, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita.

Kesemua mereka ditahan secara berperingkat di pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved