Luxhem catat kemerosotan hasil kepada RM188 juta bagi 3QFY26 akibat ketidaktentuan tukaran wang asing

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Luxhem catat kemerosotan hasil kepada RM188 juta bagi 3QFY26 akibat ketidaktentuan tukaran wang asing Image from: Luxhem catat kemerosotan hasil kepada RM188 juta bagi 3QFY26 akibat ketidaktentuan tukaran wang asing amree22/10/2026 - 14:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Okt – Ketidaktentuan kadar pertukaran asing (forex), khususnya pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menjejaskan perolehan Luxchem Corporation Berhad yang susut 7% kepada RM188.38 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 (3QFY26).

 

Menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, penurunan itu berbanding hasil sebanyak RM202.71 juta dicatatkan pada tempoh suku kedua 2026, turut dipengaruhi jualan yang lebih rendah dalam kedua-dua segmen utama kumpulan, iaitu perdagangan dan pembuatan.

 

Tekanan terhadap prestasi suku tahunan berkenaan turut menyebabkan keuntungan bersih kumpulan merosot kira-kira 31% kepada RM14.70 juta berbanding RM21.18 juta pada suku sebelumnya.

 

"Bagaimanapun, prestasi tahun ke tahun (YoY) adalah kekal positif apabila keuntungan bersih 3QFY26 meningkat 28% daripada RM11.45 juta pada suku sama tahun lalu," kata Luxchem.

 

Perolehan suku ketiga ujarnya, turut didapati berkembang 8% berbanding RM174.13 juta pada 3QFY25, terutamanya disokong jualan lebih tinggi dalam segmen perdagangan.

 

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 (9M2026), keuntungan selepas cukai (PAT) kumpulan melonjak 53% kepada RM51.95 juta berbanding RM33.98 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Luxchem_DagangNews2026

 

Selain itu, perolehan kumulatif juga meningkat kira-kira 3% kepada sebanyak RM568.26 juta daripada RM551.94 juta, disokong pertumbuhan jualan berterusan dalam segmen pembuatan dan perdagangan.

 

"Mengikut segmen, perniagaan pembuatan merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM45.92 juta bagi 9M2026, manakala segmen perdagangan menyumbang PBT RM22.12 juta," tambahnya.

 

Di samping faktor ketidaktentuan forex, Luxchem turut berdepan dengan cabaran daripada turun naik harga bahan mentah, gangguan rantaian bekalan global dan konflik geopolitik antarabangsa.

 

Bagi menangani persekitaran perniagaan yang mencabar, ia merancang meningkatkan produktiviti operasi dan kecekapan kos, di samping mengamalkan pengurusan kewangan berhemat serta meneruskan pelaburan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang.

 

Pada Januari 2026, kumpulan mengambil alih 100% pegangan saham dalam Kazox Materials Sdn Bhd pada harga RM3.79 juta bagi memperluas aktiviti pengeluaran dan perdagangan zink oksida.

 

Lembaga Pengarah Luxchem tidak mengisytiharkan dividen bagi 3QFY26 selepas membayar dividen interim pertama sebanyak 1.0 sen sesaham bernilai RM10.68 juta pada Ogos 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved