'Maaf  ibu, abang tak mampu bagi lebih' - Ina Naim menitis air mata, Hadie hadiahkan rantai emas sempena birthday 

EntertainmentLifestyle
27 Mar 2026 • 1:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI Ina Naim menerima kejutan manis daripada anak sulungnya, Hadie Elfardie yang menghadiahkan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial TikTok, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim terharu dan menitiskan air mata menerima pemberian daripada Hadie.

Pada ruangan kapsyen, Hadie menitipkan ucapan hari lahir buat Ina sambil memohon maaf kerana tidak dapat memberikan hadiah mewah buat ibunya.

“Minta maaf ibu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi, syurgaku,” luah Hadie.

image is not available

Artikel berkaitan:

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa terharu serta sebak melihat perkongsian anak muda itu.

Rata-rata menyifatkan Hadie mengikut jejak langkah bapanya, Allahyarham Suhaimi Saad yang begitu menghargai Ina persis permaisuri.

"Sebab arwah ayahnya layan ibu macam permaisuri, anaknya pun ikut sama. Sebab itu bapa jadilah contoh yang baik, nanti anak akan tiru," titip warganet.

image is not available

Tidak kurang yang memuji tindakan Hadie tidak lupa menggembirakan ibu dengan titik peluh sendiri apabila sudah mula bekerja.

Sekadar info, Hadie merupakan anak sulung hasil perkahwinan Ina dengan Suhaimi telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November 2023.

Selain Hadie, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Ina kemudian berkahwin kali kedua dengan Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada 8 November 2024.