“Maaf semua, ini bukan Bilal tetapi comelnya masya-Allah” – Neelofa

Entertainment
9 Sep 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu foto bayi comel di TikTok, ia kerana ada yang mendakwa bahawa bayi tersebut merupakan Muhammad Bilal, anak kepada Neelofa.

Umumnya, kita sedia maklum bahawa selebriti berniqab itu sehingga kini merahsiakan rupa anaknya dan sampai sekarang peminat tertanya-tanya bagaimana paras rupa anaknya.

 

Sorry semua itu bukan Bilal, tapi comel masyaAllah – Neelofa

Bagaimanapun, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor menafikan di ruangan komen dengan menyatakan bahawa bayi lelaki comel itu bukanlah Bilal. Enggan melatah, Neelofa sebaliknya memuji dengan kecomelan paras rupa bayi tersebut.

@bebelancikmin

Replying to @penaberkala Allahu patut la Lofa kata bukan Bilal! Awak rupanya tp bila dah besar mata mengecil ek..image is not available#artis #info #fyp #bebelancikmin #neelofaharis #bilal #neelofa

♬ original sound – Bebelan Cik Min – Bebelan Cik Min

 

Bagaimanapun, ada juga menyatakan bahawa wanita yang mendukung bayi tersebut merupakan adik perempuan suami Neelofa, Haris Ismail.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan bahawa kanak-kanak itu adalah anak buah Haris. Untuk rekod, Neelofa telah selamat melahirkan bayi pertamanya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, bagaimanapun dia dan Haris membuat keputusan untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum bagi mengelakkan sebarang penyakit Ain.

Namun begitu, Neelofa seringkali kongsikan foto Bilal di Instagram biarpun tidak menampakkan wajah sepenuhnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.